Thursday 31 December 2015

Manfaat Minum Air Putih

Assalamualaikum wbt

Anda semua sudah minum air putih belum? Insya allah banyak sangat manfaat minum air putih (masak/mineral)

Ateh sertakan beberapa manfaat yang anda boleh dapat okay !

1. Mengembalikan air dalam tubuh

Setelah semalaman tidur, wajar jika tubuh terasa dehidrasi.Waktu tidur, tubuh mengeluarkan banyak air dengan kata lain terjadi penguapan(peluh)

Apalagi waktu tidur aktiviti tubuh tidak berhenti bekerja.Metabolisme sel-sel terus berjalan dan air dalam tubuh membantu sel-sel bekerja. Sehingga, setelah 6-8 jam tidur, tubuh boleh mengalami kekurangan air, kerana dalam proses metabolisme sel akan ada air yang terbuang.

Mengembalikan air dalam tubuh di pagi hari sangat penting kerana hal tersebut akan meningkatkan jumlah sel-sel darah pada otot. Tubuh yang terhidrasi juga baik untuk aliran oksigen agar cergas semula.

2. Detoks Tubuh

Air adalah sumber detoks secara tidak langsung. Minum air akan mengeluarkan racun dan zat berbahaya dalam tubuh. Selain untuk kesihatan tubuh, air juga dapat membersihkan kulit dari dalam. Penyerapan nutrisi dan pembersihan usus besar juga hanya dengan minum cukup air di pagi hari. 

3. Menurunkan Berat Badan

Air dapat membuat tubuh lebih siap untuk mencerna. Minum air dalam keadaan perut kosong di pagi hari berjasa meningkatkan metabolisme tubuh seharian. Bahkan, peneliti menemukan bahawa peningkatan mengamalkan air akan membantu pada cepatnya pembakaran lemak dan dapat menghalang nafsu makan.

4. Mencegah Penyakit

Jika sering sakit, mungkin penyebabnya adalah kerana tubuh kekurangan air. Air memiliki peranan penting dalam mempertahankan sistem limfatik tubuh yang berperanan agar sentiasa sihat. Ketika sistem ini seimbang, tubuh mampu melawan infeksi yang boleh menyebabkan sakit pada tubuh. Jika air sudah cukup sejak kamu bangun tidur, maka tubuh akan lebih kuat untuk melawan sumber penyakit yang menyerang ketika beraktiviti seharian.

5. Selalu Tampil Awet Muda

Faktanya, minum air putih di pagi hari sangat efektif membuang dan membersihkan racun yang berada di darah melalui peluh dan urine. Sehingga tubuh akan lebih sihat dan segar sepanjang hari.

6. Memiliki Usus Besar Yang Sihat

Usus besar merupakan salah satu organ di sistem pencernan kita. Dengan minum air putih di pagi hari. akan nampak positif untuk kesihatan usus besar, sehingga penyerapan nutrisi makanan dapat berjalan dengan baik pula.

7. Ginjal jadi Lebih Sihat

Cukupnya minum air masak di pagi hari dapat membantu meringankan kerja organ ginjal sekaligus menjaga kesihatan organ ginjal tersebut.

8. Memperlancar Buang Air Besar

Bagi seseorang yang mengalami sembelit atau susah buang air besar di pagi hari, maka sebaiknya minum air putih waktu bangun tidur yang mana bertujuan untuk membantu melancarkan buang air besar tersebut. 

SUNNAH KETIKA MINUM

Adapun adab yang penting kita jaga ketika minum air putih, sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah SAW dalam sunnahnya:

1. Janganlah minum sekaligus seperti unta/ keldai minum, tetapi minum seteguk demi seteguk (HR. Tirmidzi)

2. Jangan bernafas di dalam bekas air, bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas (HR Tirmidzi)

3. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh ke dalamnya, keluarkan ia (HR Tirmidzi)

4. Dari Anas ra, bahwasanya Rasulullah itu bernafas ketika minum sebanya tiga kali (muttafaq ‘alaih)

Yakni:  mula-mula tarik nafas lalu mulai minum, setelah minum seteguk lepaskan mulut dari gelas dan hembuskan nafas. Kemudian tarik nafas dan sambung minum seteguk, kemudian lepaskan mulut dari gelas dan hembuskan nafas. Begitulah seterusnya hingga nafas yang ke-3. Hembus nafas harus di luar gelas.

Apa yang ingin di jelaskan di sini adalah supaya tidak bernafas ketika sedang kita minum. Dari hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita mengeluarkan CO2 (karbon dioksida) yang apabila bercampur dengan air (H2O) ia akan menjadi H2CO3 sama dengan Asam karbonat yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak baik untuk kesihatan. Begitu juga amalan supaya tidak meniup minuman sebabnya adalah sama.

Begitu sempurna Islam mengajarkan kita, bahkan untuk minum air putih pun ada adabnya sehingga baik untuk kesihatan kita.


Monday 28 December 2015

Katakan YA pada mangkuk tingkat


MANGKUK tingkat dalam budaya penduduk Malaysia pada suatu masa dulu digunakan pekerja sektor pembinaan dan petani di kebun untuk menikmati makanan yang lazat, panas dan bersih seperti di rumah. Bukan luar biasa melihat ‘pekerja kontrak’ membawa mangkuk tingkat sambil berbasikal dan tiada siapa pun peduli.

Nilai mangkuk tingkat mungkin berubah tidak lama lagi, apabila seluruh dunia mengamalkan konsep `kotak makan tengah hari’ seperti mangkuk tingkat adalah sebahagian budaya popular.

Di India yang turut menggunakan mangkuk tingkat, dabbawala (orang yang menghantar kotak makan tengah hari) di Mumbai amat popular hingga Putera Charles ketika lawatan ke negara itu bergambar bersama mereka.

Di Jepun berbangga dengan bento, makanan dan lauk yang diisi dalam kotak kayu pelbagai bentuk yang cantik.

Anda semua seharusnya mendapatkan MANGKUK TINGKAT tersendiri sekarang.

CLICK TO GO akan memastikan anda menikmati makanan yang murah, bersih dan enak !

Untuk diskaun 10%
Whats app 'CLICK' ke 017.689.1480

BAHAYA POLISTERIN


BAHAYA POLISTERIN

Penggunaan polisterin kini semakin berleluasa,tahukah anda bahawa polisterin merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar disebabkan ianya merupakan bahan yang susah untuk dilupuskan.

Bahan pembungkus polisterin yang biasa kita gunakan mengandungi bahan karsinogen yang juga boleh menyebabkan kanser kepada manusia.Ini kerana bahan-bahan kimia daripada bekas akan menyerap kepada makanan dan kemudian masuk ke dalam tubuh manusia.

Berubah kepada Produk Tupperware,yang selamat digunakan berulang-ulang kali, tanpa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Jom tukar ! Hanya whats app 'tupperware' ke 017.689.1480

Thursday 24 December 2015

LEAFLET 19HB-31HB DEC 2015

Nak kan harga terbaik?
Whats app 0176891480