Monday 18 January 2016

CLEAR STOCK FEB 2016

Assalamualaikum
Insha allah semua adalah ready stock!

Pengeposan hari SABTU kecuali minggu pertama.

Postage antara rm7 -rm20 sahaja.
Boleh pilih domestik / poslaju

Harga ada di bawah gambar(*harga tidak termasuk postage)

Whats app 0176891480

Follow ig : @tupperware_ateh


Rm10 nett




Cool crisper
Rm52
Placemats rm25
Modular mate 4.3L
Rm47
Atas atau bawah
Beli 4 kecil free 1 besar
Rm93
Rm40 sahaja

Rm130
Turbo chopper
Freezermate merah
Rm90
Kiri SOLD atau kanan rm20
One touch 
600ml & 950ml
Rm38

Punch bowl 6L
Rm60
Level 1
600ml
Rm15

750 ml SOLD
1 liter SOLD
2 liter buddy beverage rm32
Kiri rm48
Kanan rm98
400ml 2 biji rm34
800ml 2 biji rm45
Kiri atau kanan
Rm30
3.++ Liter
Rm40 
Juist 
Rm68
Microcook 
*untuk cairkan choc dlm microwave, 5 minit sahaja*
Rm133
Rm94



Rm62
Rm114
Rm89
Rm83
Rm45
Piring semua warna hijau
Party set
Rm125
Blossom set
Rm89

Counterparts 900ml
Rm97



Rm80
Jumbo modular keeper 15L

ONE TOUCH PINK 
RM197

SERVING CENTRE
RM67

TALL CANISTER 10L
Sebiji RM60
3 biji RM180

MODULAR BOWL
RM45

Monday 4 January 2016

Apa itu Tupperware?

Assalamualaikum wbt

Ramai lagi yang tak kenal apa itu Tupperware Brands, ramai panggil bekas makanan putih yg bukan jenama Tupperware sebagai Tupperware *erti kata lain tipuware*

Jom ateh share sedikit info tentang Tupperware hasil daripada Wikipedia.

Apa itu Tupperware?

Tupperware merupakan peralatan rumah yang diperbuat daripada plastik yg bermutu tinggi yang juga kedap udara (*sekiranya ada penutup).

Tengok pada gambar di bawah, majoriti menggunakan kod 05. *nak tahu maksud kod 05, boleh ke entri sebelum ini*

Sesuai dijadikan sebagai penyimpanan makanan, penyajian makanan dan beberapa peralatan dapur juga diperkenalkan kepada umum sejak tahun 1946.
*bayangkan sudah berapa lama Tupperware bertapak di dunia*

Tupperware Brands menggunakan sistem penjualan langsung. 
Hampir 1.9 juta orang yang telah mengenali & sertai produk ini.

Nama pula berasal daripada Earl Tupper di Amerika. Beliau mencipta 'seal' yang unik untuk membezakan dengan produk lain.

Brownie Wise pula orang yang pertama  memperkenalkan  konsep Tupperware Party yang juga diamalkan sehingga kini.

Sehingga kini, hampir 100 negara mempunyai stokis penjualan Tupperware Brands.

Insya allah ateh akan share lebih lagi pasal Tupperware okay. 

Semoga bermanfaat!

Sunday 3 January 2016

Simbol Segi Tiga Yang Penting

.

PERHATIKAN SIMBOL INI DI BEKAS PLASTIK SEBELUM GUNA.

Adakah anda pernah meminum air dari botol plastik dan melihat simbol segitiga di bahagian bawah dengan lebih terperinci?

Adakah anda tahu apa gunanya nombor yang tercatat padanya? 

Adakah anda rasa bahawa ia hanya untuk kitar semula? 

Jika anda menjawab ya, ia menandakan anda adalah SALAH! 

Sebenarnya kegunaan bilangan nombor tersebut adalah sebagai satu indikator kepada kita dalam memberitahu BAHAN KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik tersebut. 

Kod nombor pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).

Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. 

Ia dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod ini digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia

Kod No. 1 – Polyethylene Terephthalate (PETE atau PET)

Simbol ini biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air mineral. 

Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja kerana jika terlalu kerap digunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tersebut akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara pencetus kanser. 

Semasa plastik jenis ini dihasilkan, antimoni trioksida yang boleh mengundang bahaya kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem pernafasan. 

Sekiranya seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka masa yang lama, iritasi pada kulit dan saluran pernafasan akan berlaku. 

Bagi wanita pula, ia boleh meningkatkan masalah haid, keguguran kandungan dan berkemungkinan anak yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.

Kod No. 2 – High Density Polyethylene (HDPE)

Lazimnya kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. 

HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.

Kod No. 3 – Polyvinyl Choride (V atau PVC)

Ia adalah sejenis yang plastik yang paling sukar dikitar. Ia biasanya digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain. 

Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.

Kod No. 4 – Low Density Polyethylene (LDPE)

Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Ia sangat tahan di bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.

Kod No. 5 – Polypropylene (PP)

Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat. Boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.

Kod no. 6 – Polystyrene (PS)

Kebiasaannya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan. 

Styrene ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia berbahaya pada otak, berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.

Kod No. 7 – Other : SAN (Styrene acrylonitrile),ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate)

Ia boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik. PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula.

Bahan ini boleh memindahkan Bisphenol-A. Jika suhu meningkat ekoran pemanasan kepada makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi. 

SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan. 

SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi manakala ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip. 

SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.

Kesimpulan

Setelah kita mengetahui tentang kesan dan bahaya penggunaan jenis-jenis bahan plastik seperti yang telah diperbincangkan. 

Saya menyeru dan menyarankan agar kita bersama-sama berganding bahu untuk mengambil tindakan SEGERA supaya mengelak dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini kepada keluarga dan sanak saudara. 

INGAT! pastikan bahan-bahan plastik berkod 1 hanya digunakan sekali sahaja. Manakala bahan plastik berkod 5, jangan digunakan dalam tempoh yang terlalu lama. 

Tetapi PERINGATAN yang paling PENTING ialah 
JANGAN MENGGUNAKAN LANGSUNG bahan plastik berkod 3,6 dan 7

Alternatif terbaik dalam mengelak penggunaan bahan-bahan ini ialah menggantikannyadengan bekas yang diperbuat dari seramik atau kaca yang dijamin selamat.

Credit : https://www.facebook.com/rahsiaimportchina/ 

Thats A Bowl 😍

Hye  semua.
Malam semalam baru dapat tengok hadiah Director.

Puas hati sebab besar sangat! 
That's a bowl size 7L.

Sesuai utk apa?

✔buat isi nasi goreng,mee goreng,mee hoon goreng, atau apa sahaja yg berkuah.

✔ada tutup, sesuai untuk dibawa bekal berkelah @ jalan jauh

✔boleh guna untuk adunan kek,teringat dulu-dulu kalau mak jadikan tempat adunan kek lapis.

✔jadikan tempat untuk mixing tepung/telur,guna hand mixer. Ada ruang dijadikan tempat pemegang

Thank You Tupperware for the gift !💓