Monday 22 August 2016

Memang ADA Lifetime Warranty !

Nak dengar 1 kisah?
Ini kisah benar ya. Share daripada stokis Alam Avenue Shah Alam.

Ceritanya begini

22 Ogos 2016

Hari ni ada seorang customer @ otai juga dalam Tupperware sebab dia pun lebih kurang umur emak saya. Dia datang bawa bekas beras lama nak ditukar dengan bekas beras @ RiceSmart baru. Saya tanya berapa lama dah dia pakai bekas beras ni, dia cakap dia pun dah lupa sebab dia pakai dari anak dia kecil sampai sekarang anak dia dah kahwin dan ada anak sendiri, bekas beras inilah yang dia guna simpan beras untuk masak dan bagi makan kat famili.

Memang berbaloi dia cakap pakai produk Tupperware ni, tahan lama, berkualiti dan ada Life Time Warranty. Macam-macam la dia dok pok pek pok pek bercerita dan excited sangat sebab dia cakap Tupperware dah berbeza sekarang, tak macam dulu-dulu dah, sekarang ramai orang dah guna Tupperware, dulu orang cakap Tupperware ni mahal tapi bila dikenangkan balik harga yang dia bayar dulu tu sangat berbaloi contoh macam bekas beras ni la, dah pakai berpuluh tahun, tapi bila dah rosak boleh datang tukar yang baru (term & condition apply).

Banyak lagi item-item lama yg dia bawa untuk tukar tadi, senyum melirik je dia lepas dapat tukar barang-barang lama tadi. Dia cakap anak-anak dia pun guna Tupperware, wah macam turun menurun pulak ye.

Alhamdulillah happy sangat bila dengar share dari customer @ pengguna tegar Tupperware ni, maklum le saya pun baru 4 tahun lebih dalam bisnes ni, dulu saya pun salah seorang la yang berfikiran Tupperware ni mahal tapi sekarang saya sendiri seorang usahawan dalam bisnes plastik terhebat. Sekian citer saya petang ini, jangan boring nak baca ye 😄😄😄

.
.
.

So kesimpulan nya. Tupperware ini murah sebenarnya. Kalau lah start pakai masa umur 23tahun;sekarang dah umur 60 tahun.cuba congak dah berapa puluh tahum 😂.

Jaga molek @ cermat, rosak tanpa disengajakan , dapat tukar yang baru 😍

No comments:

Post a Comment