Assalamualaikum dan hye semua.
Ramai yang tertanya-tanya
Bisnes APA yang sesuai ?
Macam mana caranya?
Tips ni umum; semua jenis perniagaan boleh guna kan.
1.Pilih bisnes
Pilih bisnes yg dekat dengan jiwa; yang kite boleh buat sepenuh hati & jiwa raga.
Contoh bisnes: servis/perkhidmatan @ produk[produk kecantikan,produk makanan,produk kelengkapan rumah dll]
2.Bertindak
Kenapa perlu bertindak? Supaya bukan angan angan mak jenin. Pilih bisnes terus petik jari dpt durian runtuh..no no no..semua bisnes..MLM or ape2 sahaja..perlukan kuasa tindakan. Kalau anda tidak bertindak,TIADA GUNANYA walaupun da hadir seminar sana sini(*eh..tersimpang pula..maaf ya)
3.Promosi
Ada banyak cara promosi,paling mudah iaitu online.
Online ni meluas..pelanggan mungkin ada dlm facebook, whats app,telegram,blog,twitter,wechat,email dan semua yg berkaitan dlm internet.
Sekiranya produk memerlukan face to face,*upah jahit baju,kedai makan,dll* cari kawasan yg strategik,yg dekat dengan org ramai.mudah utk pelanggan cari.
Sekarang ramai yg guna sistem Vendor..boleh cuba juga. ;)
4.Kenali pelanggan
Kenali pelanggan yg anda inginkan. Spesifik kan jenis pelanggan yg anda cari.
Contoh Jual Baju wanita:
Wanita>umur 20an-40an>berkerjaya/tidak>harga sederhana>target kawasan
5.Jangan Hilang Fokus
fokus sangat penting.jangan ingat dah dpt customer,dah terus untung..its a big NO.ubah mindset okay,untung lepas 200% usaha dikerah itu baru ya. ^_^. Tak semua jenis perniagaan sama.
Bila da ada bisnes,maksudnya kite dah ada komitmen.Tolong sayang bisnes anda ^_^
6.Bina hubungan
Insya allah jika jaga hubungan dengan pelanggan.tak mustahil pelanggan akan hebahkan ttg bisnes anda & buat tempahan lagi sekali(*repeat order),layanan mesra itu paling penting.
7.Jangan menyerah kalah
Sekarang ramai peniaga online ; jangan rasa kerdil or kecil. Rezeki Allah Swt yg tentukan.
Kene kreatif dlm penggayaan ayat anda.gambar iklan anda. Jaga ke6-6 tips di atas. Insha allah mudah2an rezeki sentiasa dilimpahkan.
Aminn~
Okay semua..ini sahaja nak share.
Next time saya share lagi okay.
*berdasarkan pengalaman sendiri & hasil blogger lain.
No comments:
Post a Comment